STORYABOUTMYLOVECREDITS


Overview

 photo 6f9464e4-6a3d-40e8-8188-9f193b8713cc_zps07dda9b5.jpg
Assalamualaikum . Thanks for being here :)

Screams


Please leave me some words so then I knew that you were here.

 photo 3b845d49-5479-412d-9408-936ffe146737_zps584f1617.jpg

Hai Hai Hai
Tuesday, February 12, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum and hai :)

hmmm kaifa haluk ? atamanna antum bisihhatin wa afiatin :)

dah lama oh tak ber-blog ni and i'm feel a bit awkward . seriously . act, banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana :(

okay . i'd been through this 5 weeks at Karisma :) hmmm, macam-2 aku belajar kat sana. pengalaman pun makin bertambah. dah semakin matang sekarang, ahaksss . haha :D

hmm siapa tak rindu family kan . hmm time awal-2 tu sedih je muka oh. haha sebab masa tu tk ramai kawan lagi. nak kawan pun takut-2 je oh. 2 minggu lepas tu, habis keluar semua perangai gila-2 oh . haha . sampaikan diorang pun tak percaya aku macam ni. haha . tp serious oh plkn memang ajar aku macam-2 . plkn ajar aku tuk aplikasi kan apa yg aku dh belajar kat sekolah.

aku bersyukur sangat-2 aku masuk sek agama. aku bersyukur aku belajar agama. hmm kat plkn ni tk semua mereka datang dari sek agama. memang ramai datang dari sek pandai . sbp, mrsm, teknik, vokay and so on. tp tak semua tahu pasal agama. tk semua tahu pasal solat. tp alhamdulillah . kem aku agak menjaga sikit . hmm ustaz Syed memang th ebest lah . hmm kat sana wajib solat jemaah setiap waktu. antara maghrib isya' ada tadarus or kuliah lima minit hmm macam tazkirah tu. hmm tak pun ada tayangan or ceramah drpd ustaz luar or ustaz Syed sendiri. hmm pagi subuh untuk jumaat sabtu ahad ada ma'thurat. kalau ustaz takde , kitorang buat aktiviti sendiri. hmm macam usrah ke . hmm macam tu lah lebih kurang. aku bersyukur ustaz aku tklah strict sangat. sempoi tapi tegas bila perlu . and aku sokong apa yang dia try buat untuk kitorang. hmm bila kawan-2 aku cerita pasal kem diorang, aku bersyukur aku tercampak kat sini walaupun aku sedih pada mulanya. hmm dengar cerita kem diorang, dalam surau ada yg baring-2 lah, bukak tudung semua. tp alhamdulillah kem aku okay. masih tak teruk lagi lah . haha , hmm aku teringat ustaz cakap. minggu ketiga lelaki perempuan dah berani pandang-2. minggu kelima dah start dah benda pelik-2 . haha :D tapi apa yg dia cakap tu memang betul . seriously it was right. haha :D hmm tapi harap-2 yang pelik-2 tu takdelah, inshaAllah :) tapi minggu keempat macam tu, kitorng dah jumpa banyak couple dah, uuuppss ! Hahahahahaha , macam Mak Jemah uolls :P

Hmmm alhamdulillah sebulan kat sini taklah berat sangat . walaupun macam-2 masalah tercipta, tapi aku bersyukur dikurniakan kawan-2 yang sangat memahami dan menerima aku seadanya. hmm setiap pertemuan ada perpisahan kan . hmm ada jugak kawan-2 yang keluar sebab pengecualian dan penangguhan. but mostly pengecualian. siapa je yang sanggup penangguhan. untuk Charlie yang aku sayang, firstly yang pergi is Munirah. Hmm she just nice and kind. aku harap dia kuat untuk starts her new life out there :) diikuti pula dengan Amanda. okay , dia ni sangaaaaaaatttlah cute >,< dormmate aku :P hmm baik pulak tu , haha :D and she was very funny ! hmm lepas tu Hue Mei , lepas tu aku tk sure ada lagi ke tak . tp last skali Teha . Hmm okay dia ni sangat tersangat degil . memang tak tahu dah nak nasihat apa . haishhh . tapi dia baik :P ohhh Ziera dgn Aishah pun pengecualian juga . sebab --> Athma . hmm jaga diri eh korang semuaaaaa :) Love you guyssss <3

okayyy , hmmm kitorang tk dibenarkan untuk bgtahu sangat apa yg kitorang buat dalam kem . sebab itu adalah satu kesalahan . hmm so aku pun tkdelah nak cerita sgt aktiviti kitorang , tp seriously memang best lah , hehe :D 

hmm aku kan . sepanjang aku kat sini, banyak benda aku fikir . cewwah . aku rasa bersyukur sorang-2 tercampak kat sini. hmm maksudnya takde schoolmates lah. yelahh aku sorang-2 kat sini . ramai kawan baru . diorang kat sini pun tak tahu aku jenis yg macam mana . diorang tk tahu banyak benda pasal aku . tk tahu aku macam mana kt sekolah . and bla bla bla . and one more things , schoolmates aku pun tk tahu apa aku buat kt sini melainkan aku yg bukak cerita . kot-2 aku ada skandal ke , mencapub ke apa ke an . haha :D tapi ada spy jugaklah kat sini . haha :D kan Anisah ! Hahah . 

Hmmm, ohh lupa nak bagitahu -->

Saya, wirawati Nurul Afiqah bt Yusri . Kompeni Charlie . C905 . Kelas PK5 :)

Hmm setakat ni aku dah belajar sampai modul 4 --> CB (3 modul) + PKRS >,< hmm bagus jugak ada modul-2 ni . aku belajar kenal diri aku sendiri melalui modul 1 dan terus mengenali dan memahami diri sendiri kt modul 2 & 3 . alhamdulillah , aku jumpa diri aku sendiri , haha :D ayat poyo ! hmm tapi seriouly it taught me a lot . macam mana nak hargai diri sendiri dan orang lain . macam mana nak kerjasama dengan orang lain dalam masa yang sama tak sakitkan hati mana-2 pihak . and the precious one was aku tahu apa yang aku mampu buat :) tapi part yang paling sedih sekali bila pasang video . adehhh masa tu mostly semua tidur , alhamdulillah aku tk termasuk dalam yang mostly tu , haha :D bangga tak ? haha . hmmm modul pkrs :( errr seriously malu gilaaaa oh belajar . sepanjang kelas aku tunduk je sebab malu . tapi aku try bg sepenuh perhatian , 100 % libatkan diri dalam kelas tu . cikgu cakap kena open minded sebab benda ni kita akan guna nanti . NANTI . kfine -,-' tapi memang macam sengal je oh , adeihhh . nasib baik cikgu banyak buat lawak . haha :D overall semuanya best ! alhamdulillah :)

hmmm masa KKJ , aku group bendera. haha , aku tak sangka oh aku duduk dengan orang yg kreatif2 . padahal aku taklah kreatif pun . kat sekolah tk pernah langsung masuk pertandingan melukis ke apa. haha :D poyonya aku. haha .

act aku rasa beruntung sebenarnya pergi plkn ni . sebab aku rasa masa aku terisi lah daripada aku duduk rumah . lagipun kat sini makan pakai semua free . tak payah bayar pun . cuma kalau nak makan lebih sikit , pergi beli sendiri lah kat koperasi , haha :D hmm tapi aku pun bukan suka sangat pergi, menghabiskan duit je kerja . haha :D hmmm, and banyak benda aku belajar kat sini . and pengalaman of course lah tkkan dapat kat mana-2 . kat plkn je boleh dapat pengalaman ni . and kawan-2 yang terima aku seadanya . kat sini aku kenal diri aku sendiri , aku tahu macam mana nak hargai orang lain , aku sedar yang sebenarnya hidup ni saling memerlukan, aku tahu betapa pentingnya penglibatan seseorang dalam kumpulan, aku tahu bahawa hidup tak selalunya indah, aku tahu macam mana nak berdikari , aku tahu perasaan duduk jauh dengan mak ayah . aku redha dengan ketinggian aku sekarang :) paling penting , aku rasa aku dah sedikit matang. serious aku tak tipu . 

hmmm macam panjang je post ni kan , haha :) but i really appreciate for what I have here. seriously. hmm aku tahu semua yang berlaku ada hikmah kan :) guys, pray for me kayy . 

p/s ; result 20 hb kan . errrrr , cuaknyaaaaa ! doakan saya :)


Older Post | Newer Post